Sunday, August 12, 2018

ml
MOBILE LEGENDS

  1. Mobile Legends: Bang Bang (atau Mobile Legends) merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton. Permainan ini diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016. Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent.Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan arena perang atas talian yang memerlukan berbilang pemain dan direka khas untuk telefon pintar. Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes). Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.
  2. Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing. Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets).
  3. Terdapat banyak wira yang direka oleh Moonton dan boleh dikategorikan mengikut tugas masing-masing iaitu Marksman, Fighter, Tank, Mage, Support dan Asassin.


KLIK DISNIUNTUK DOWNLOAD

No comments:

Post a Comment

MOBILE LEGENDS Mobile Legends: Bang Bang (atau Mobile Legends) merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG yang dibangunkan dan d...